Monday 25 April 2011

menariknye..~

pa plak la entri kali nie.? dhla tajuk menarik.. pa bnda yg menariknye cik kak oi..?

PERKAHWINAN..



menarik kn.. msti la menarik.. aq asa suma org akn sonok bla isu perkahwinan nie dibahaskn.. eleh.. mcm msuk dlm debate piala diraja lak.. hahaha.. npe la isu nie yg aq nk bncgkn.. cbb aq bru je abis tgk cta Cari Menantu kt tb9 td.. wlupun cta tu hnye ulangn.. tp memberi ksan kpdaku gak la..tmbah pula.. aq nie yg jenis gatai nk kawen awai.. oppsss.. hehehe..  tgk mcm mna proses akad dan nikah.. bnda tu yg pling pnting dlm sebuah perkahwinan kn.. klu xda bnda tu.. kiranye x sah la perkahwinan pasangan tu..  jom kta kaji pa mksud perkahwinan tu..

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.

Ijab bermaksud menyerahkan tanggungjawab dari wali bakal pengantin perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Manakala kabul membawa maksud bakal suami menerima tanggungjawab di atas penyerahan bakal isteri tersebut.

Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W.

Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."

Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang bakal lahir.

t'lalu bnyk plak bnda yg b'kaitan perkahwinan yg bnyk aq tk tktw dan perlu dipelajari..
da org kta.. bercinta slepas kawen tu indah drpd b'cinta sblum kawen.. adakah itu benar.? aq pn xtw la kebenarannye cbb aq pn blum kawen pn lagi.. hehehe.. bagaimana plak klu dh brcinta sblum kawen..? ntahla.. aq pn bknnye alim sgt bab2 nie.. 
b'cinta sblum kawen dlm erti kata len. 'bercouple'.. btol kn.. adakah ia haram di sisi Islam.?
adakah ia juga tergolong sbagai zina hati.?
nie antara contoh yg aq dpt dlm fb.. aq nk share ckit la ngn korg..

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?? Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  haram lighairihi kerana perkara lain. 
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.
Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).
sbagai contohnye..~

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.


aq asa dh pnjg lebar dh aq bg penjelasan.. xnk bg pnjg2 sgt.. klu korg nk tw lbih lnjut.. korg google la sndri ek.. sori ye.. yg nie je yg mampu utk aq kongsi ngn korg suma..

dgn suma maklumat yg aq da.. aq jd t'pk.. adakah aq telah bercinta mengikut hukum syarak yg telah ditetapkn.. kdg2 kta asa kta tidak melanggar sbrg hukum.. tetapi secara tidak sedar.. kta telah melakukannye.. jd.. kta harusla memohon keampuanan drpd ALLAH.. sesungguhnye ALLAH itu Maha Pengampun.. jgnla kta trus hnye dgn dosa2 yg tlah kta lakukan.. ALLAH telah menyedarkn kta dri ksilpan yg telah kta lakukan.. itu brmakna. ALLAH masih sygkn kta.. mahu kta brubah ke arah jalan yg diredhaiNya.. mengapa kta masih ragu2 utk melalukannye.. krana itu suma bisikan syaitan yg mahu kta terus sesat dgn hasutannye.. 

semoga nukilanku nie.. memberi keinsafan di dlm ati kta suma.. t'utamanye aq la.. yg baik itu dtg dri ALLAH.. yg buruk itu suma dtgnye dari aq sendri.. aq mohon maaf sgt2 kpada pembaca klu da yg terasa.. sori sgt3 ye.. aq asa aq bknnye bek sgt utk membahaskn isu nie.. tp ilmu perlu dikongsikn.. 
semoga suma mendapat hidayah dan petunjuk.. INSYAALLAH..~

p/s : sori ye sgt3..~